Saturday, October 24, 2009

Kelas Komputer Warga Tunas

KELAS KOMPUTER WARGA TUNAS ANJURAN RT BUNTONG DENGAN KERJASAMA K-PERAK CORPORATION (24/25-10-2009)

Pusat Rukun Tetangga Kampung Baru Buntong kini menjadi tumpuan warga tunas di sekitar Kg. Baru Buntong. Ramai daripada kalangan kanak-kanak telah berdaftar dengan AJK RT Buntong untuk mencungkil ilmu di arena sains komputer ini.

Pengerusinya, sdr. Cheah Ban Foo berkata, ini adalah satu aktiviti yang baik oleh kerajaan Barisan Nasional Perak yang memberi peluang kepada anak-anak kampung baru dapat mendampingi penggunaan komputer dengan berkesannya. Dengan ajaran yang di beri oleh program ini telah menjadikan kanak-kanak kita fasih dalam ilmu internet dan kini mereka dapat bertemu dengan kawan-kawan seluruh dunia.

Kelas komputer 2 hari ini adalah tajaan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan kerjasama RT Kampung Baru Buntong. Program ini telah dirasmikan oleh Dato Yik Phooi Hong, bekas ADUN Buntong.